Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

20
Jul
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Kursus Pembangunan Masyarakat Untuk Pegawai-Pegawai Daerah Seluruh Tanah Melayu Yang Pertama

Pada hari ini dalam tahun 1966, Kursus Pembangunan Masyarakat untuk Pegawai-pegawai Daerah seluruh Tanah Melayu telah dilangsungkan di Petaling Jaya.  Kursus ini merupakan yang pertama diadakan khusus untuk Pegawai-pegawai Daerah dan dihadiri oleh 16 Pegawai Daerah daripada 9 buah negeri di Tanah Melayu.  Kursus selama tiga hari ini telah dirasmikan oleh YAB Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri. Dalam kursus ini, para peserta diberi ceramah oleh para pegawai daripada Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Jabatan Perdana Menteri, MARA dan lain-lain. Antara tajuk-tajuk yang disentuh dalam kursus tersebut ialah peranan jawatankuasa kemajuan kampong, peranan Pegawai Daerah dalam pembangunan dan peranan Jabatan-jabatan Kerajaan serta badan sukarela dalam usaha memajukan rakyat khususnya di kawasan luar bandar. Kursus untuk Pegawai-pegawai Daerah ini yang bertujuan memberi panduan-panduan berguna dalam gerakan maju, menghurai serta memahami gagasan pembangunan masyarakat dan bertujuan merapatkan hubungan badan kerajaan dan petugasnya dengan anggota masyarakat.  Dengan berlangsungnya kursus ini diharapkan para Pegawai Daerah akan dapat memanfaatkan segala ilmu tersebut untuk membangunkan daerah masing-masing.

 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768