Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

LANGKAH BARU KAWALAN HARGA BARANG

Pada hari ini dalam tahun 1967,  Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Dr. Lim Swee Aun telah mengumumkan langkah baru kawalan harga barang. Langkah baru ini diumumkan setelah Yang Berhormat Menteri mengadakan perundingan dengan wakil-wakil pihak yang mengimport beras dan pengilang-pengilang padi mengenai kenaikan harga beras pada masa itu. Langkah baru ini mewajibkan kedai-kedai menunjukkan harga barang-barang keperluan seperti beras, gula, tepung gandum dan minyak masak. Dr. Lim juga telah menyeru orang ramai supaya jangan berasa gelisah atau menyimpan beras dengan banyak kerana ini akan menaikan lagi harga beras di pasaran.  Tambahan pula harga beras dipasaran dunia ketika itu telah naik mendadak dari 45 paun kepada 88 paun satu tan.  Kementerian Perdagangan dan Perusahaan juga telah mengeluarkan peraturan yang mesti dipatuhi oleh pekedai-pekedai runcit yang mana merupakan sebahagian daripada kempen untuk menurunkan harga barang-barang keperluan.  Peraturan-peraturan itu ialah:

  • Pekedai-pekedai hendaklah meletakkan kad harga pada beg, guni atau tempat barang-barang jualannya supaya orang ramai melihat mutu dan harga barangan itu.
  • Kad harga hendaklah berukuran tidak kurang dari 6 inci panjang dan 4 inci lebar.
  • Tiap-tiap pekedai hendaklah menulis mutu dan harga barang-barang jualannya dengan bahasa Kebangsaan, Inggeris dan dalam bahasa yang difahami oleh pekedai-pekedai itu.
  • Mereka yang tidak mematuhi peraturan ini dianggap bersalah dan melanggar Undang-Undang Kawalan Harga 1964.

Dengan pengumuman langkah baru kawalan harga barang keperluan pada hari ini dalam tahun 1967 Kementerian Perdagangan dan Perusahaan dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia akan bertindak terhadap tuan punya kedai-kedai yang enggan menunjukkan harga barang-barang mereka.  Bermula 15 Jun 1967, Kerajaan telah mewajibkan semua kedai runcit di seluruh negara meletakkan kad harga bagi barang-barang jualan mereka.    


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768