Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Lembaga Pelabuhan Bintulu Ditubuhkan

Pada hari ini dalam tahun 1981, Lembaga Pelabuhan Bintulu telah ditubuhkan di bawah Seksyen 3, Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981.  Lembaga Pelabuhan ini mengandungi ahli-ahli dari berbagai-bagai agensi kerajaan yang dilantik oleh Y.A,B. Menteri Pengangkutan.  Penubuhan Lembaga Pelabuhan Bintulu adalah bertujuan untuk mempastikan segala persiapan diadakan bagi membolehkan pelabuhan itu memulakan operasinya pada tahun 1983.  Pelabuhan Bintulu dibina sebagai pelabuhan air dalam. Pembinaannya selaras dengan dasar kerajaan untuk menjadikan pelabuhan sebagai satu daya penggerak bagi semua kegiatan perindustrian di Bintulu terutama sekali bagi industri gas asli cecair.  Sehubungan dengan itu pelbagai kemudahan disediakan termasuklah satu pengkalan Gas Asli Cecair, satu dermaga kargo pukal dan tiga dermaga kargo biasa.  Kemudahan-kemudahan yang disediakan ini membolehkan Pelabuhan Bintulu beroperasi sebagai sebuah pelabuhan yang pertama di Malaysia mengendalikan operasi gas asli cecair.  Penubuhan Lembaga Pelabuhan Bintulu pada tahun ini sesungguhnya dapat mempastikan kerja-kerja pembinaan pelabuhan tersebut berjalan lancar bagi membolehkan ia beroperasi sebagai sebuah pelabuhan penting di Sarawak.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768