Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Lembaga Pentadbir Kampung Baharu Kuala Lumpur

Pada hari ini dalam tahun 1900, Warta Kerajaan Negeri Selangor Bil. 20  mengenai  ‘The  Malay  Agricultural  Settlement’  di bawah  Seksyen  6,  Land  Enactment  1897 telah  diterbitkan.  Malay Agricultural Settlement (M.A.S)  atau  Kampung  Baharu  ini  merupakan  Penempatan  Perkampungan  Rezab  Melayu  yang  telah diwujudkan  pada  tahun  1897  dengan  tujuan  menggalakkan  pertanian,  kesenian  dan  pertukangan  tangan  dalam kalangan  orang  Melayu.  Berikutan  dengan  penerbitan  warta  ini  satu   Lembaga  Pentadbiran  telah  dibentuk dengan  Raja  Muda di  lantik  sebagai  Pengerusi  dan  D.G.  Campbell  sebagai  Naib  Pengerusinya.  Manakala  ahli-ahli  Lembaga yang  lain  pula  ialah  J.H.M. Robinson,  A. Hale  dan  Tamby  Abdullah.   Pelantikan  Lembaga  Pentadbiran  ini  telah  dibuat  oleh  Pemangku  Residen  British  H. Conway  Belfield.   Lembaga  Pentadbiran  (M.A.S)  telah  diberi  kuasa  penuh  untuk  meluluskan  pemberian  lot-lot  kediaman  yang  tidak  melebihi  0.8  hektar  bagi  setiap  permohonan.  Antara  lain  tugas  Lembaga  Pentadbir  Kampung  ialah  mengarahkan  penduduk  Kampung  Baharu  agar  mengerjakan  tanah  mereka  serta  menjaganya  terutamanya  dari  segi  kawalan  kebersihan.  Selain  daripada  itu  Lembaga  ini juga  menyimpan  rekod-rekod  pendaftaran  penduduk  yang  telah  diluluskan  serta  permohonan  termasuk  butir-butir  mengenai  pertukaran  dan  pindah  milik  secara  syariah.  

 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768