Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Lembaga Pertubuhan Peladang Ditubuhkan

Pada hari ini dalam tahun 1973, Perdana Menteri, YAB Tun Abdul Razak bin Hussein mengumumkan penubuhan Lembaga Pertubuhan Peladang Lembaga Pertubuhan Peladang  ditubuhkan melalui Akta 110, Akta Lembaga Pertubuhan Peladang 1973 bertujuan untuk mengambil alih tanggungjawab semua Persatuan Peladang dan syarikat-syarikat kerjasama yang berasaskan pertanian di negara ini. Lembaga Pertubuhan Peladang ini juga berperanan menyusun rancangan bagi mengubah cara pemikiran kaum tani agar selaras dengan semangat menggunakan pembaharuan dan nilai-nilai hidup masyarakat moden. Pada pengumuman tersebut juga Perdana Menteri turut mengumumkan pelantikan Timbalan  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Ahmad Rithaudeen sebagai Pengerusi Lembaga dan Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian, Datuk Haji Mustafa Jabar sebagai Timbalan Pengerusi. Setiausaha Bahagian Kabinet dan Perlembagaan, Jabatan Perdana Menteri, Encik Ahmad Sarji Abdul Hamid telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Lembaga ini. Lembaga Pertubuhan Peladang ini kemudiaannya dilancarkan secara rasmi pada 13 Ogos 1973 oleh Perdana Menteri, YAB Tun Abdul Razak bin Hussein. Sesungguhnya penubuhan Lembaga Pertubuhan Peladang ini memperlihatkan komitmen kerajaan dalam usaha memperbaiki ekonomi penduduk luar bandar khususnya orang-orang Melayu.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768