Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

21
Sep
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

LITAR TELEGRAF PERTAMA DI NEGERI-NEGERI MELAYU

Pada hari ini dalam tahun 1876, satu litar telegraf telah dipasang di Kuala Kangsar, Perak.  Litar telegraf ini merupakan perhubungan komunikasi yang pertama digunakan di Negeri-negeri Melayu yang menghubungkan pejabat Residen British Perak di Kuala Kangsar dengan pejabat Penolong Residen di Taiping dan terus ke Pejabat Majistret di Matang. Litar telegraf sejauh 39.2 kilometer ini merupakan satu cara perhubungan yang cepat dan diperlukan bagi membantu Residen dalam menjalankan kerjanya dan juga untuk kegunaan anggota polis dan tentera.  Perkembangan sistem telekomunikasi negara ini mula berkembang selepas penggunaan litar telegraf sehingga tertubuhnya Jabatan Pos dan Telegraf. Penggunaan litar telegraf pertama ini memulakan era baru dalam sistem perhubungan di Tanah Melayu yang mengubah sistem lama menggunakan perahu, gajah dan orang berlari sebelum ini, kepada satu sistem perhubungan yang lebih moden dalam usaha memberi perkhidmatan telekomunikasi yang lebih baik di negara ini.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia

 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768