Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

MAJLIS MUHIBBAH DIWARTAKAN

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1969,  Majlis  Muhibbah  bagi  peringkat  pusat,  daerah  dan  kawasan  di  seluruh  negara, diwartakan.  Undang-undang  pembentukan  majlis  tersebut   diluluskan  oleh  Majlis  Gerakan  Negara (MAGERAN)  di  bawah  peruntukan  peraturan-peraturan  perlu  (Majlis-majlis  Muhibbah)  1969.  Majlis  Muhibbah  berperanan  mewujudkan  perpaduan  antara  kaum  dan  memupuk  semangat  persefahaman  di  kalangan  rakyat  Malaysia.  Majlis ini juga merupakan  antara  usaha  memulihkan  kepercayaan  dalam kalangan  rakyat di negara ini dan  sebagai  medium  untuk  mengkaji  masalah  sosial  serta  kebajikan  am dalam  pelbagai  bidang.  Semangat  kerjasama  dengan  pihak-pihak  berkenaan  atau  kerajaan  juga cuba dipupuk dan dijayakan  untuk  menghapuskan  sebarang  salah  faham antara kaum.  Majlis  Muhibbah  adalah  langkah  bijak  kerajaan  kearah  memperkukuhkan  perpaduan  nasional  agar  dapat  dimanfaatkan  dalam  usaha mengekalkan  keharmonian tanahair.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768