Juga Pada Hari Ini..
-
PERBAHASAN MENGENAI KEDUDUKAN KUASA KETURUNAN BROOKE DI SARAWAK
-
PELANCARAN KEMPEN ANTI DADAH PERINGKAT KEBANGSAAN
-
FORUM PERTAMA ASEAN-JEPUN MENGENAI PASARAN GETAH
-
SURUHANJAYA COBBOLD MEMULAKAN TUGAS DI KUCHING
-
Rang Undang-Undang Baru Imigresen Diluluskan
-
Perubahan Nama Pejabat Perhubungan Raya (Jabatan Penerangan)
-
Mesyuarat Pertama Menteri-Menteri Besar Sembilan Buah Negeri Melayu
Peristiwa
MAJLIS PELANCARAN WAKAF AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN
Pada hari ini dalam tahun 2010, Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan Program Wakaf Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Putrajaya. Program yang diusahakan oleh Angkatan Tentera Malaysia dan diselaraskan menerusi Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dengan kerjasama Yayasan Restu ini membabitkan penghasilan naskah Al-Quran dan terjemahannya antara lain dalam Bahasa Khmar di Kemboja, Mandarin dan Russia. Menurut Perdana Menteri, usaha Angkatan Tentera Malaysia ini bukan sahaja menyumbang kepada keamanan dunia malah mengembangkan penggunaan Al-Quran dan terjemahannya mengikut beberapa Bahasa penduduk dunia terutama di negara yang mana umat Islam menjadi minoriti. Tambahnya, Angkatan Tentera Malaysia telah bertindak diluar kepompong minda yang selama ini menjalankan tugas di kalangan anggota dan keluarga Kementerian Pertahanan. Inisiatif yang dijalankan ini membuktikan kepada dunia Islam bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang sentiasa terkehadapan dalam menjayakan misi kemanusiaan dan kemasyarakatan sejagat.
Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia