Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

20
Oct
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

MAJLIS PERASMIAN KOTA ISKANDAR, NUSAJAYA

Pada hari ini dalam tahun 2009, Sultan Johor, Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail berkenan mencemar duli merasmikan pembukaan Kota Iskandar di Nusajaya, Johor, yang menjadi satu lagi sejarah pentadbiran Negeri Johor. Kota Iskandar terletak kira-kira 30km dari pusat bandar, menempatkan semua jabatan negeri serta Pusat. Ia diperkuatkan lagi dengan jumlah pegawai dan kakitangan mencecah lebih 6,000 orang, sekaligus dapat memberikan perkhidmatan kepada orang ramai selaras dengan usaha kerajaan menawarkan perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti dan mengutamakan pendekatan pentadbiran mesra rakyat. Pusat pentadbiran ini dilengkapi dengan kemudahan yang selesa dan memenuhi keperluan semasa, menjadikannya setanding dengan Pusat Pentadbiran Putrajaya. Pegawai dan kakitangan diharap dapat memberikan perkhidmatan awam terbaik kepada rakyat sejajar dengan pembukaan Kota Iskandar yang menjadi lambang kepada pemodenan pentadbiran negeri Johor.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768