Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Majlis Undangan Bersetuju Menghadiahkan Carcosa Kepada Kerajaan Inggeris

Pada hari ini dalam tahun 1956, Majlis Mesyuarat Undangan telah bersetuju menghadiahkan Carcosa, rumah rasmi Pesuruhjaya Tinggi British kepada kerajaan Inggeris bagi menempatkan wakil-wakilnya apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka kelak. Carcosa dihadiahkan sebagai tanda membalas jasa kepada kerajaan Inggeris di atas perasaan timbangrasa memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.  Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri menyatakan bahawa hadiah tersebut adalah lambang penghargaan dan persahabatan antara Tanah Melayu dengan kerajaan Inggeris.Carcosa telah dibina pada tahun 1890 di kawasan seluas 7.2 hektar berhampiran dengan Tasik Perdana dan Bangunan Parlimen.Pembinaannya menelan belanja $25,000 ringgit dan Sir Frank Swettenham merupakan orang yang pertama menduduki rumah tersebut.Ia kemudiannya menjadi rumah kediaman rasmi Residen British sehingga tahun 1941. Setelah tamat pendudukan Jepun, Inggeris menduduki semula rumah itu dan iamenjadi kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu. Pada 20 Julai 1966, kerajaan Selangor telah menyerahkan kediaman itu kepada Pesuruhjaya Persekutuan Tanah Melayu untuk disewakan. Pemberian tersebut mendapat bantahan dari pelbagai pihak sehinggalah ia diserahkan semula kepada kerajaan Malaysia pada 12 Mei 1984. 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768