Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

25
Apr
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

MALAYSIA DAN TURKI MENANDATANGANI 3 PERJANJIAN KERJASAMA

Pada hari ini dalam tahun 1977, Kerajaan Malaysia dan Turki telah menandatangani tiga (3) perjanjian kerjasama. Upacara menandatangani perjanjian ini telah berlangsung di Angkara, Turki, sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia ke negara tersebut. Perjanjian-perjanjian kerjasama yang ditandatangani di antara kedua buah negara ini ialah Perjanjian Ekonomi dan Teknik, Perjanjian Perdagangan dan Perjanjian Kebudayaan dan Sains. Malaysia telah diwakili oleh Perdana Menterinya Datuk Hussein Onn manakala Turki diwakili oleh Perdana Menteri, Suleyman Demivel. Menurut kenyataan yang dikeluarkan, satu Jawatankuasa bersama bagi perlaksanaan ketiga-tiga perjanjian tersebut akan ditubuhkan. Jawatankuasa bersama ini akan mengadakan mesyuarat dari masa ke semasa bagi mengambil langkah-langkah perlu di dalam meneroka bidang-bidang baru dan juga mengkaji projek-projek yang mungkin dijalankan bersama. Di bawah perjanjian baru ini, Malaysia akan mencari pasaran baru bagi 19 barang-barang keluarannya termasuk penerusan eksport barang-barang yang telah berjalan sekarang ini. Pihak Turki juga berhasrat untuk mengeksport ke Malaysia barang-barang eletrik, buah-buahan serta kapas dan mahu hubungan perdagangan dipergiatkan lagi antara kedua-dua buah negara. Kerjasama juga akan ditumpukan di bidang perkapalan, penerbangan, kebudayaan, pelajaran dan sosial. Kerajaaan Malaysia akan mencari kemungkinan di bawah perjanjian ini untuk menghantar lebih ramai pelajarnya melanjutkan pelajaran ke Turki terutama di bidang sains dan teknologi. Perjanjian-perjanjian yang ditandatangani antara Malaysia dan Turki pada hari ini dalam tahun 1977 diharapkan dapat membuka lebih banyak peluang baru ke arah kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua buah negara.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768