Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

17
Jul
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

MALAYSIA-BRUNEI TANDATANGANI 4 MoU PERSEFAHAMAN

Pada hari ini dalam tahun 1992, Malaysia-Brunei buat kali pertamanya telah menandatangani perjanjian penting bagi kedua-dua negara. Sebanyak empat (4) MoU telah ditandatangani di Kuala Lumpur termasuk mengenai kerjasama pertahanan dan penggunaan ruang udara untuk latihan tentera. MoU dalam bidang pertahanan yang dipersetujui oleh kedua-dua buah negara ini ialah penetapan satu kawasan latihan serta gerakan tentera udara di Laut China Selatan didalam wilayah maklumat penerbangan Kota Kinabalu. Tiga MoU yang lain ialah MoU mengenai Kawasan Latihan Tentera Udara, MoU dalam bidang penerangan dan MoU dalam bidang pendidikan dan latihan. Kesemua MoU ini telah ditandatangani oleh Menteri-Menteri Kanan bagi kedua-dua buah negara. Dengan temeterinya kempat-empat MoU ini dapat membuka lebih banyak ruang kerjasama dalam pelbagai bidang yang dapat mengeratkan lagi hubungan tradisi yang sedia terjalin diantara kedua-dua buah negara berjiran ini.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768