Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

MALAYSIA DIPILIH MENGANGGOTAI LEMBAGA EKSEKUTIF UNESCO

Pada hari ini dalam tahun 1993, Malaysia telah dipilih untuk menggangotai Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Malaysia memperolehi 118 undi daripada 177 negara benefisiari dan dipilih bersama 25 buah negara lain bagi tempoh empat tahun untuk berkhidmat dalam 51 anggota Lembaga badan pentadbir UNESCO. Sejurus selepas pengumuman kejayaan ini, Malaysia telah mengisytihar  kesediaan untuk berkhidmat dengan badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi membangunkan negara miskin.  Perkara pertama yang akan dilakukan oleh Malaysia ialah meneliti program UNESCO bagi memastikan program itu memberi faedah kepada dunia terutamanya bagi negara-negara membangun. Kejayaan negara menganggotai Lembaga Eksekutif badan dunia yang berprestij ini merupakan pengiktirafan dunia kepada Malaysia bagi perubahan sejagat.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768