Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

MALAYSIA-KOREA SELATAN METERAI PERJANJIAN KERJASAMA SAINTIFIK

Pada hari ini  dalam tahun 1985, Malaysia dan Korea Selatan memeterai perjanjian kerjasama saintifik di Kuala Lumpur.  Malaysia diwakili oleh Menteri Sains Teknologi dan Alam Sekitar, Datuk Amar Stephen Yong, manakala Korea Selatan diwakili oleh Menteri Luarnya, Encik Lee Won Kyun. Antara persetujuan yang dicapai kedua-dua pihak adalah bertukar-tukar maklumat, pengetahuan dan pengalaman sains dan teknologi, pertukaran kakitangan bagi pembelajaran, latihan dan penyelidikan dalam lapangan sains dan teknologi, pelaksanaan projek dan menubuhkan sebuah Suruhanjaya bersama bagi memperkukuh dan memajukan lagi kerjasama saintifik dan teknologi yang sedia terjalin.  Sesungguhnya perjanjian kerjasama saintifik ini akan dapat membantu memajukan keseluruhan sektor industri bagi meningkatkan lagi taraf sosio ekonomi kedua-dua negara.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768