Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

21
Jul
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Malaysia LNG Sdn. Bhd. Ditubuhkan

Pada hari ini dalam tahun 1978, Malaysia LNG Sdn. Bhd. telah ditubuhkan.  Penubuhan anak syarikat kepada Petrolium Nasional Berhad (PETRONAS) ini merupakan satu langkah berani selepas 4 tahun penubuhan PETRNONAS sendiri yang mula diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 17 Ogos 1974.  Objektif penubuhan Malaysia LNG Sdn. Bhd. Ini adalah untuk membina, memiliki dan menjalankan operasi loji yang dibina.  Sebagai sebuah anak syarikat PETRONAS yang cergas, Malaysia LNG Sdn. Bhd. telah memainkan peranan aktif memajukan projek pembangunan gas ini. Loji gas asli cecair kepunyaan syarikat ini di Bintulu telah memulakan operasinya dan pada 29 Januari 1983, membuat penghantaran pertama sebanyak 57,000 tan metrik gas asli cecair ke Jepun. Sesungguhnya penubuhan Malaysia LNG Sdn. Bhd. telah dapat memajukan perusahaan gas asli cecair di Malaysia dengan begitu pesat sekali dan telah meletakkan Malaysia sebagai salah sebuah dari tujuh buah negara pengeksport gas asli cecair di dunia.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768