Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

MALAYSIA MERANGKUL EMAS DI KEJOHANAN BERBASIKAL ASIA

Pada hari ini dalam tahun 2006, Malaysia mencipta dua sejarah besar dalam Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras  apabila merangkul tiga pingat emas, dua perak dan satu gangsa selain menamatkan kemarau emas dalam tempoh 19 tahun bagi kategori senior pada kejohanan ini. Mohd Azizul Hasni Awang mengulangi kehebatannya dalam kategori junior dengan menyumbang dua emas manakala satu lagi emas dihasilkan oleh pelumba kategori elit, Mohd. Rizal Tisin dalam acara keirin lelaki yang menyaksikan pemenang ditentukan menerusi photo-finish. Kejayaan Rizal itu menamatkan kemarau 19 tahun Malaysia untuk meraih emas dalam kategori senior pada kejohanan ACC. Kejayaan merangkul tiga emas ini merekod satu sejarah baru sepanjang penyertaan skuad negara dalam ACC sekaligus mengharumkan nama atlet dan negara di persada antarabangsa.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768