Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

21
Apr
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Malaysia Meterai Perjanjian Beli Beras Pakistan

Pada hari ini dalam tahun 1984, Malaysia menandatangani perjanjian membeli 50,000 tan metrik beras gred A2 dari Pakistan. Perjanjian ini ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) Datuk Haji Basir Ismail dengan Pengerusi Pakistian Rice Export Corporation, Syed Abid Ali Bilrami. Beras mutu baik itu akan tiba dalam beberapa peringkat dan peringkat pertama dalam bulan depan. Persetujuan pembeliaan beras ini mula dibuat dalam kunjungan rombongan Lembaga Padi dan Beras Negara ke Pakistan, Disember lalu.  Selain daripada Pakistan, Malaysia juga mengimport beras daripada Thailand dan Burma.  Pengerusi Pakistan Rice Export Corporation, Syed Abid berkata, pihaknya berharap Malaysia akan terus membeli beras dari Pakistan. Sesungguhnya perjanjian yang dipersetujui ini bukan sahaja dapat mengatasi masalah kekurangan beras tetapi dapat juga meningkatkan hubungan dua hala yang sedia terjalin.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768