Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

MALAYSIA MEMBERI BANTUAN BAGI MENANGANI KRISIS KEWANGAN BANGSA-BANGSA BERSATU

Pada hari ini dalam tahun 1962, Persekutuan Tanah Melayu telah membantu menyelesaikan krisis kewangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Pada ketika itu badan dunia ini sedang menanggung beban hutang yang amat berat akibat dari usahanya untuk menyelesaikan krisis perang saudara di Congo yang menelan belanja sebanyak RM30 juta sebulan. Pemangku Setiausaha Agung PBB, Encik U Thant telah meminta ahli-ahlinya termasuk 16 buah negara Asia dan Afrika, membeli RM600 juta bon yang dikeluarkan oleh Bangsa-bangsa Bersatu. Malaysia telah menghantar satu Pasukan Tentera Pengaman pada 4hb Oktober, 1960 ke Congo untuk membeli bon itu dengan nilai RM1,020,000 dalam usahanya membantu menyelesaikan krisis kewangan badan dunia itu. Dalam pada itu, Menteri Kewangan, Encik Tan Siew Sin menyatakan bahawa kadar pembelian bon tersebut adalah sama dengan kadar sumbangan tetap negara untuk belanjawan badan dunia tersebut. Pembelian bon ini jelas memperlihatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang cintakan keamanan, menyokong penuh usaha PBB menyelesaikan konflik perang saudara di Congo.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768