Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

24
Oct
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

MAPEN Tubuh Lima Jawatankuasa Teliti Pelaksanaan DEB

Pada hari ini dalam tahun 1989, Dasar Ekonomi Baru (DEB) berada di penghujung tahun pelaksanaannya. Lima Jawatankuasa telah diumumkan penubuhannya bagi mengkaji hasil daripada pelaksanaan DEB. Pengerusi Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN), Tan Sri Ghazali Shafie berkata Jawatankuasa yang ditubuhkan itu akan mengkaji dengan teliti dan mendalam tentang semua aspek berkaitan DEB. Lima Jawatankuasa tersebut adalah:

  1. Jawatankuasa Prestasi Pelaksanaan Dasar Pembasmian Kemiskinan, diketuai oleh Prof. Diraja Ungku Aziz dan Timbalannya Tan Sri Thong Yaw Hong.
  2. Jawatankuasa Prestasi Pelaksanaan Penyusunan Semula Masyarakat diketuai oleh Datuk Abdullah Badawi dan Timbalannya Encik Yong Poh Kong.
  3. Jawatankuasa Ekonomi Negara dan Perkembangan Antarabangsa diketuai oleh P.P. Vijadran dan Timbalannya Encik Affendi Nawawi.
  4. Jawatankuasa Pembangunan Sumber Tenaga Manusia diketuai Datuk Abdullah Khalid Ibrahim dan Timbalannya Encik Benedict Tan.
  5. Jawatankuasa Teknikal Pengutipan Metodologi dan Analisa Data Datuk Tan Peng Yoon dan Timbalannya Encik Khalid Samad.

Jawatankuasa ini diberi masa selama 8 minggu bagi menyiapkan kajian yang dijalankan. Keputusan untuk mewujudkan Jawatankuasa ini bertujuan memberi peluang kepada semua anggota majlis bagi mengemukakan pendapat masing-masing tentang Dasar Ekonomi Baru yang telah dilaksanakan sejak tahun 1970.

 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768