Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

MARDI Mengenal Pasti Sejenis Padi Baru Yang Dapat Menahan Serangan-Serangan Musuh Tanaman

Pada hari ini dalam tahun 1984, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Pertubuhan-pertubuhan Peladang Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Kedah/Perlis, Encik Ismail Arshad telah mengalu-alukan penemuan jenis padi baru itu iaitu padi Makmur atau MR  73 oleh pihak MARDI. Padi Makmur atau MR 73 itu merupakan hasil daripada program memperbaiki padi jenis Setanjung. Padi Makmur mempunyai mutu beras/nasi yang baik dan mempunyai daya ketahanan daripada penyakit seperti penyakit karah, hawar daun dan lain-lain, yang lebih baik daripada jenis Setanjung. Tempuh matang padi Makmur di musim utama ialah 130 hari selepas disemai manakala di luar musim ialah 140 hari selepas disemai. Ianya juga mempunyai gred beras yang baik iaitu 6.50-6.63 mm panjang dan 2.06-2.13 mm lebar. Penemuan padi Makmur atau MR 73 diharap akan memberi harapan kepada para petani untuk menikmati hasil tanaman padi yang lebih baik, terjamin dan kebal dari serangan penyakit.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768