Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

MATAWANG BARU MALAYSIA MULA DIGUNAKAN

Pada hari ini dalam tahun 1967, matawang baru Malaysia, Ringgit mula digunakan sebagai nilai tukaran antarabangsa bagi menggantikan Dollar Malaya dan British Borneo. Menteri Kewangan, Encik Tan Siew Sin memberi jaminan bahawa nilai matawang baharu ini tidak berubah dan tetap teguh baik di dalam mahupun di luar negeri. Keteguhan nilai matawang Malaysia adalah disebabkan oleh kekuatan ekonominya termasuk kedudukan wang hasil dalam negeri dan juga simpanan pertukaran wang luar yang besar. Ketibaan wang baru dari London ini disambut di Port Swettenham dengan langkah kawalan keselamatan yang rapi dan ketat. Wang baru ini kemudiannya disimpan di Pejabat Matawang, Bank Negara Malaysia di Batu Tiga, Shah Alam. Wajah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad tertera di setiap wang kertas bernilai RM1, RM15, RM110 dan RM1100 di permukaan sebelah hadapan manakala wang syiling yang bernilai l sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen pula, tertera Bangunan Parlimen dan Bulan Bintang berbucu tiga belas di permukaan sebelah belakang,

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia

 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768