Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN PENYIARAN MALAYSIA-INDONESIA DITANDATANGANI

Pada hari ini dalam tahun 1984, Malaysia dan Indonesia menandatangani Memorandum Persefahaman untuk mewujudkan kerjasama dalam bidang penerangan dan penyiaran di antara kedua negara. Memorandum ini dibuat bagi memperkemaskan lagi kerjasama dalam bidang kewartawanan dan media cetak melalui usaha bersama serta bekerjasama ke arah pembentukan perhimpunan pusat berita dan akhbar ASEAN. Malaysia telah diwakili oleh Menteri Penerangan, Datuk Sri Adib Adam manakala Indonesia diwakili oleh Menteri Penerangannya, Haji Harmoko. Dibawah perjanjian ini beberapa persetujuan telah dicapai antaranya mewujudkan satu pasaran akhbar bersama dan bertukar-tukar pengalaman serta meningkatkan lagi usaha penerbitan bersama rancangan radio dan televisyen.  Memorandum ini merupakan titik awal ke arah susulan kerjasama yang lebih luas dalam bidang penerangan dan penyiaran di antara kedua buah negara.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768