Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

23
Sep
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Menteri Besar Negeri Sembilan Merasmikan Pembukaan Kilang Getah Rida

Pada hari ini dalam tahun 1963, Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Dr. Mohd. Said bin Mohamed telah merasmikan pembukaan Kilang Getah RIDA (Rural Industrial and Development Authority) di Rantau, Negeri Sembilan.  Kilang yang berharga $120,000 ringgit ini adalah yang kedua di Negeri Sembilan.  Ia dibina bagi memajukan ekonomi luar bandar khususnya di kawasan pekebun kecil getah dan juga bagi mengelakkan tekanan “orang tengah” terhadap pengusaha kebun kecil getah. Mengikut Menteri Besar, usaha-usaha untuk membantu meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar akan diteruskan dari semasa ke semasa seperti memberi tanah pada mereka yang tidak mempunyai tanah dan menggalakkan bidang pertanian dengan menyediakan kilang-kilang memproses sepertimana yang baru dibina tersebut.  Menteri Besar juga menyatakan kilang RIDA yang ketiga akan didirikan tidak lama lagi di Johol sebagai lanjutan usaha membantu pekebun-pekebun kecil luar bandar.  Sebelum itu, Pengerusi RIDA, Dato’ Abdul Rahman Muda menyatakan bahawa kira-kira 13 buah kilang seumpamanya telah didirikan oleh RIDA di seluruh Persekutuan Tanah Melayu dalam usaha kerajaan memajukan kawasan luar bandar.  Dengan terbinanya kilang RIDA pada hari ini dalam tahun 1963 di Rantau, Negeri Sembilan telah membawa erti yang besar kepada pekebun kecil getah di kawasan tersebut.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768