Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA KERJA PERTAHANAN DAN BANTUAN BERSAMA

Pada hari ini dalam tahun 1956, mesyuarat pertama Jawatankuasa Kerja Pertahanan dan Bantuan Bersama, telah berlangsung di Kuala Lumpur.  Mesyuarat diadakan di antara 5 orang wakil dari Persekutuan Tanah Melayu dan 5 orang wakil dari Britain. Sir Malcolm MacDonald, Pesuruhjaya Agung bagi Asia Tenggara telah dilantik sebagai Pengerusi mesyuarat Jawatankuasa ini. Jawatankuasa ini membincangkan mengenai proses-proses kemerdekaan dan selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Soal pertahanan Negara menjadi salah satu isu utama yang dibincangkan di mesyuarat ini. Isu ini amat penting bukan sahaja untuk keamanan dan keselamatan dalam negeri tetapi juga kestabilan di rantau ini keseluruhannya. Perkara yang dipersetujui adalah meliputi tatatertib pasukan tentera British yang akan ditempatkan di Persekutuan Tanah Melayu. Britain juga akan membantu Persekutuan Tanah Melayu untuk memberi latihan kepada anggota-anggotanya dalam menghadapi ancaman komunis dan dari pihak luar. Hasil mesyuarat ini dapat membantu Persekutuan Tanah Melayu membuat persediaan menuju ke arah sebuah Negara merdeka.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768