Juga Pada Hari Ini..
-
PERJANJIAN SUNGAI UJUNG 1874
-
KAWASAN LARKIN DITUKAR NAMA KEPADA KAMPONG DATUK ONN
-
PERDANA MENTERI RASMI PEMBINAAN PUSAT PERDAGANGAN DAN PENGEDARAN MALAYSIA
-
Persidangan Islam Antarabangsa Yang Pertama
-
PENAWAR - The First Medical Centre To Use The Dinier Machine
-
Keris Mas Diumumkan Sebagai Pemenang Anugerah Sastera Negara Yang Pertama
-
Pengumuman Penubuhan Amanah Saham Negeri Pahang
-
Skim Perumahan Persendirian Pekerja-Pekerja Ladang
-
Perasmian Balai Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM)
-
Perasmian Persidangan Antarabangsa Junior Chamber Yang Ke-9
Peristiwa
Mesyuarat Majlis Penasihat Hal Ehwal Pelajaran Agama Islam Yang Pertama
Pada hari ini dalam tahun 1975, mesyuarat majlis penasihat Hal Ehwal Pelajaran Agama Islam yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur. Mesyuarat ini dirasmikan oleh Menteri Pelajaran, YB Dr. Mahathir bin Mohamad. Penubuhan dan pelantikan ahli-ahli Majlis Penasihat ini telah dibuat oleh Menteri Pelajaran bagi tempoh selama dua tahun. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat ini ialah:-
- Perlaksanaan Pelajaran Agama Islam di sekolah-sekolah Bantuan Kerajaan.
- Kelayakan tenaga pengajar pelajaran Agama Islam di sekolah-sekolah Bantuan Kerajaan.
- Nilai Pelajaran Agama Islam.
- Kedudukan Institusi Agama Islam dalam sistem Pelajaran Kebangsaan.
Majlis Penasihat Hal Ehwal Pelajaran Agama Islam yang bermesyuarat buat pertama kalinya pada hari ini dalam tahun 1975 mengandungi seramai 14 orang ahli dan dipengerusikan oleh YB Tan Sri Hj. Mohamad bin Jamil. Dengan terbentuknya Majlis Penasihat ini, kedudukan pendidikan Agama Islam di sekolah-sekolah telah dapat diperbaiki dengan syor-syor yang dikemukakan oleh ahli-ahli majlis.