Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Mesyuarat Majlis Penasihat Hal Ehwal Pelajaran Agama Islam Yang Pertama

Pada hari ini dalam tahun 1975, mesyuarat majlis penasihat Hal Ehwal Pelajaran Agama Islam yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur. Mesyuarat ini dirasmikan oleh Menteri Pelajaran, YB Dr. Mahathir bin Mohamad. Penubuhan dan pelantikan ahli-ahli Majlis Penasihat ini telah dibuat oleh Menteri Pelajaran bagi tempoh selama dua tahun. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat ini ialah:-

  1. Perlaksanaan Pelajaran Agama Islam di sekolah-sekolah Bantuan Kerajaan.
  2. Kelayakan tenaga pengajar pelajaran Agama Islam di sekolah-sekolah Bantuan Kerajaan.
  3. Nilai Pelajaran Agama Islam.
  4. Kedudukan Institusi Agama Islam dalam sistem Pelajaran Kebangsaan.

Majlis Penasihat Hal Ehwal Pelajaran Agama Islam yang bermesyuarat buat pertama kalinya pada hari ini dalam tahun 1975 mengandungi seramai 14 orang ahli dan dipengerusikan oleh YB Tan Sri Hj. Mohamad bin Jamil. Dengan terbentuknya Majlis Penasihat ini, kedudukan pendidikan Agama Islam di sekolah-sekolah telah dapat diperbaiki dengan syor-syor yang dikemukakan oleh ahli-ahli majlis.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768