Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Penasihat Pelajaran Sabah

Pada hari ini dalam tahun 1950, Mesyuarat pertama Jawatankuasa Penasihat Pelajaran Sabah telah diadakan. Penubuhan Jawatankuasa ini adalah menurut ordinan Pelajaran 1947 yang mana jawatankuasa ini hendaklah dipengerusikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Di antara anggota jawatankuasa ini termasuklah Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Pengarah Pertanian. Jawatankuasa tersebut bertanggungjawab menasihatkan Pengarah Pelajaran dalam segala bidang pelajaran dan masalahnya ”demi kepentingan rakyat”.  Dalam mesyurat yang pertama itu, jawatankuasa Penasihat Pelajaran telah bersetuju menubuhkan Lembaga Pelajaran Tempatan. Sejak bermulanya mesyuarat pertama jawatankuasa Penasihat Pelajaran Sabah pada hari ini dalam tahun 1950, bidang pelajaran negeri Sabah telah berkembang dengan pesat sekali. Jawatankuasa Penasihat Pelajaran yang telah ditubuhkan itu telah memberikan sumbangan yang besar dalam usaha memajukan pendidikan di Sabah.  


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768