Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Mesyuarat Pertama Majlis Negara (Parti Negara)

Pada hari ini dalam tahun 1954, Parti Negara yang diketuai oleh Dato' Onn telah mengadakan mesyuarat Majlis Negara yang pertama bertempat di Hotel Majestic Kuala Lumpur. Mesyuarat itu diadakan bagi tujuan mencari ketetapan yang akan menguatkan lagi sokongan kepada penyata pilihanraya Persekutuan. Ketetapan-ketetapan itu akan dimajukan oleh Ketua Parti di mesyuarat Majlis Undangan Persekutuan. Ketetapan-ketetapan yang telah dibuat di Majlis Mesyuarat itu mengandungi kehendak-kehendak supaya bilangan ahli Majlis Undangan yang telah dipilih itu diperbanyak pada masa-masa akan datang dan juga memelihara hak kaum yang kecil bilangannya di dalam negeri ini. Bagi memperkuatkan lagi ketetapan ini, Dato' Onn menyatakan oleh kerana parti tidak berdasarkan perkauman maka calon-calon yang dimajukan untuk menduduki Majlis Undangan dalam pilihanraya akan dibuka kepada semua kaum yang difikirkan layak mewakili kawasannya dan mampu pula berbuat kebajikan kepada pengundi. Beliau juga berharap Majlis Undangan akan menambah bilangan perwakilan dari semasa ke semasa. Setakat ini jumlah 4 orang ahli Majlis Undangan dan perwakilan dari setiap negeri dianggap tidak mencukupi. Maka itu perkara ini perlu dipertimbangkan semula setelah diadakan pilihanraya yang pertama dan setelah Kerajaan berparti wujud di negara ini. 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768