Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

23
Jul
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Mesyuarat Pertama Majlis Penasihat Islam Pulau Pinang Dan Seberang Prai

Pada hari ini dalam tahun 1949,  Majlis Penasihat Islam Pulau Pinang dan Seberang Prai telah mengadakan mesyuarat yang pertama bertempat di Pejabat Tanah Pulau Pinang dan telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Tuan Doktor Kamal Muhamad Araf.  Majlis Penasihat Islam Pulau Pinang dan Seberang Prai dianggotai oleh 15 ahli jawatankuasa yang dilantik oleh suara ramai.  Sebelum ini ahli-ahli dilantik  oleh ahli tertua secara individu.  15 kerusi ini ditetapkan iaitu 5 dari Pulau Pinang, 5 dari Seberang Perai, 1 daripada tiap-tiap sebuah daripada 3 buah Persatuan Islam iaitu Persatuan Melayu Pulau Pinang, Persatuan Melayu Seberang Prai dan Muslim League Pulau Pinang manakala 2 kerusi lagi dipilih oleh 13 orang wakil-wakil tersebut.  Mereka yang dilantik dan telah hadir di Mesyuarat Pertama Majlis Penasihat Islam Pulau Pinang dan Seberang Prai adalah terdiri daripada para ahli ulama, kadi dan ahli agama iaitu Tuan Doktor Kamal Muhamad Araf,  Mohd. Noor bin Sheikh Ahmad, Tuan Haji Mohd Salleh bin Baki Al-Masir, Tuan Haji Abdullah bin Haji Ibrahim, Tuan Haji  Mohd Ali bin Mohd Aus, Kapten Syed Salleh bin Syed Hashim Assagof, Tuan Haji Mohd Hashim bin Hj. Mohd Sagof, Tuan Haji Mansor bin Haji Hassan, Tuan Haji Ahmad bin Haji Hussein, Tuan Haji Abdullah bin Salleh, En. Hussein bin Said, En. Fadhil bin Haji Abdullah, Tuan Haji Ibrahim bin Mat Akib, En. Abd. Kadir bin Hj. Hassan dan Tuan Mohd Salleh ibni Al Haj Arab Hashul Hamid Al Khaherah.  Di dalam mesyuarat ini Tuan C.B. Danvey M.S.C, Pemungut Hasil Tanah Pulau Pinang dan Seberang Prai telah dilantik sebagai Penaung.  Antara perkara-perkara penting yang dibincangkan ialah berhubung dengan pelajaran, zakat fitrah dan adat penduduk Islam Pulau Pinang dan Seberang Prai.  Sebuah Jawatankuasa Kecil bagi mengurus dan menyelaraskan kutipan zakat fitrah dengan negeri Tanah Melayu lain telah ditubuhkan.  Dengan adanya Majlis Penasihat Islam ini, segala urusan dan hal ehwal agama, adat dan kepentingan umat Islam Pulau Pinang dan Seberang Prai adalah terkawal dan teratur.

 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768