Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

24
Oct
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

MoU PENUBUHAN DANA SERANTAU DIMETERAI

Pada hari ini dalam tahun 2011, perjanjian persefahaman (MoU) bagi penubuhan sebuah dana modal teroka yang dikenali sebagai Dana Serantau, telah ditandatangani oleh Malaysia dan Indonesia di Kuala Lumpur. Penubuhan Dana Serantau ini bertujuan memenuhi keperluan pembiayaan modal syarikat teknologi di Asia Tenggara.  MoU ini dimeterai diantara Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) dan Indonesia Investment Agency (IIA). Penubuhan Dana Serantau ini mampu menggabungkan sumber dari segi modal, pengetahuan dan rangkaian perniagaan untuk memanfaatkan peluang keperluan ekonomi kedua-dua negara termasuk negara anggota Asean yang lain. Bagi merealisasikan objektif penubuhan Dana Serantau ini, institusi kewangan dan syarikat modal teroka diseru supaya tidak hanya menumpukan pelaburan dalam perniagaan berasaskan ICT, malah mengembangkan skop pembiayaan meliputi bidang perniagaan berteknologi tinggi khususnya teknologi berasaskan nano, sains hayat, tenaga diperbaharui serta minyak dan gas.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768