Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PEMBUKAAN IBU PEJABAT BARU TELEKOMUNIKASI DI KUALA LUMPUR

Pada hari ini dalam tahun 1960 Ibu Pejabat baru Telekomunikasi di Kuala Lumpur telah dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman. Hadir sama di majlis pembukaan rasmi tersebut ialah Menteri Kerjaraya, Pos dan Telekom Dato’ V.T Sambanthan serta para pegawai kanan Kementerian tersebut.  Pembukaan ibu pejabat baru ini yang pada mulanya dijadualkan pada Disember 1959 tidak dapat diadakan oleh kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan khususnya beberapa kerosakan peralatan akibat taufan di lautan pasifik. Dalam ucapan perasmiannya juga Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman menyatakan perkembangan pesat dalam bidang komunikasi di dunia kini menyebabkan negara kita  juga perlu mengikuti perubahan tersebut bagi menyediakan sistem perhubungan dalam dan luar negeri yang amat penting. Perkhidmatan ini amat penting bagi tujuan perdagangan dan perindustrian. Untuk itu Tunku menegaskan Kerajaan di bawah pimpinannya akan sentiasa mempastikan Persekutuan Tanah Melayu tidak akan ketinggalan dalam bidang ini. Menurut Tunku Abdul Rahman lagi bidang Telekomunikasi telah dimasukkan dalam Rancangan Lima Tahun Kedua 1961-1965 di bawah perkembangan ekonomi dan sosial. Dengan ini bidang Telekomunikasi ini akan berkembang pesat lagi dan adalah diharapkan negara akan menjadi pusat penting bagi Asia Tenggara dalam bidang ini. Untuk mencapai tahap tersebut Perdana Menteri berharap Sekolah Latihan Telekomunikasi akan dapat diwujudkan berdasarkan zon-zon tertentu dalam negara. Dengan pembukaan ibu pejabat baru Telekomunikasi oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman pada hari ini dalam tahun 1960 itu menandakan setapak lagi kejayaan negara dalam bidang Telekomunikasi.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768