Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

19
Aug
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Operasi Daoyai Musnah Ii Dilancarkan

Pada hari ini dalam tahun 1977, operasi untuk membenteras saki baki komunis telah dilancarkan oleh kerajaan Malaysia dan Thailand dikenali dengan Operasi Daoyai Musnah II. Operasi Dayoi Musnah II ini dilakukan ekoran daripada mesyuarat khas pegawai tertinggi angkatan tentera Malaysia dan Thailand pada 11 Mac 1977 di Wisma Persekutuan Pulau Pinang. Dalam mesyuarat tersebut, Malaysia telah diketuai oleh Major General Datuk Mahmud (Selaku Pengarah Operasi ini bagi pihak Malaysia) dan Thailand diwakili oleh General Pindhamsari. Operasi Daoyai Musnah II ini melibatkan 5000 anggota tentera Malaysia dan Thailand dengan matlamat utama untuk membersihkan kawasan sempadan daripada saki baki pengganas komunis. Dengan adanya Operasi Doayai Musnah II yang dijalankan ini dapat membersihkan  kawasan sempadan Malaysia-Thailand daripada ancaman komunis dan dengan ini akan dapat mewujudkan keharmonian  dan keamanan kepada penduduk di kawasan sempadan kedua-dua negara.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768