Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

OPERASI SULUNG STESEN KL SENTRAL

Pada hari ini dalam tahun 2001, Stesen KL Sentral telah memulakan operasi sulungnya dengan penumpang KTM Komuter, KTM antara bandar dan Sistem Transit Aliran Ringan Putra (Putra-LRT) menjadi pengguna pertama stesen ini.  Ketibaan penumpang ketiga-tiga perkhidmatan keretapi itu disambut oleh Presiden Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), YBhg. Datuk Seri Abdul Rahman Maidin.  Stesen KL Sentral dibina mulai pertengahan 1997, mempunyai enam aras dan dilengkapi 28 trek. KL Sentral turut dilengkapi dengan KL CityAir Terminal, satu-satunya terminal udara seumpama itu di dunia yang menyediakan kemudahan daftar masuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).  Dengan adanya Stesen KL Sentral ini, dapat mempertingkatkan mutu pengangkutan awam bandar raya dan menjadi  sebuah pusat transit moden berlandaskan pembangunan bandar yang terkawal dan pusat perdagangan bersepadu.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768