Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

19
Aug
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Ordinan Keretapi Bagi Borneo Utara

Pada hari ini dalam tahun 1914, Ordinan Keretapi Bagi Borneo Utara telah dibentuk. Tujuan pembentukan ordinan ini sebagai satu perlembagaan dan kaedah mengawal pengurusan keretapi di Borneo Utara. Ordinan ini berkaitan dengan peraturan yang harus dipatuhi serta tanggungjawab kakitangan keretapi Borneo Utara. Dalam usaha memperbaiki lagi pentadbiran dan pengurusan keretapi Borneo Utara, pada bulan Jun 1936, Gabenor Borneo Utara telah menguatkuasakan peraturan mengenai kuasa-kuasa pengurusan peringkat tertinggi Jabatan keretapi. Menurut peraturan ini Jabatan Keretapi dibahagikan kepada beberapa jabatan iaitu Jabatan Pengurusan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Lokomotif dan Gerabak, Jabatan Trafik, Jabatan Akaun dan Jabatan Stor. Sejarah pembinaan jalan keretapi di Borneo Utara bermula apabila William Cowie memikirkan untuk mengadakan `Trains Borneo Line’ iaitu daripada Teluk Brunei ke Sandakan. Ianya terlaksana pada tahun 1896 apabila kerja-kerja pembinaan dimulakan di Teluk Brunei. Usaha-usaha pembinaan jalan keretapi di Borneo Utara ini selain daripada pengangkutan penumpang juga berkait dengan pengangkutan bahan- bahan mentah di kawasan pendalaman ke bandar berdasarkan kepentingan pihak penjajah.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768