Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Pahlawan Mat Kilau Menyerang Kuala Tembeling

Pada hari ini dalam tahun 1894, dengan sokongan senjata dan tenaga orang-orang dari Terengganu dan Kelantan, Mat Kilau telah menyerang pasukan tentera Inggeris di Kuala Tembeling. Serangan yang dilakukan oleh Mat Kilau itu merupakan salah satu daripada perjuangan beliau di dalam usaha menentang penjajahan Inggeris. Melalui serangan-serangan seperti ini telah memperlihatkan sikap Mat Kilau sebagai seorang pahlawan Melayu yang tegas pendiriannya dan pintar di dalam taktik peperangan. Mat Kilau melakukan serangan ke atas Kuala Tembeling kerana enggan menyerah diri berikutan dengan satu pengampunan beramai-ramai oleh pihak pentadbiran Inggeris di Pahang. Pengumuman pengampunan itu telah dibuat dalam bulan Oktober 1892 dan semenjak dari itu Mat Kilau sentiasa menunggu masa yang sesuai untuk menyerang pihak Inggeris sebagai penentangan yang berterusan dari beliau. Hasil daripada pengampunan beramai-ramai yang diumumkan, ramai juga orang-orang yang telah menyahut tawaran tersebut dan pulang ke rumah masing-masing. Walau bagaimanapun, pengampunan tersebut tidak berhasil dan Mat Kilau tetap dengan pendiriannya untuk tidak menyerah diri. Ketegasan pendirian Mat Kilau berlainan sekali dari pahlawan-pahlawan yang lain. Semangat beliau yang tabah dan jujur kepada perjuanganya di teruskan, sehinggalah beliau berjaya memimpin serangan ke atas pasukan tentera Inggeris di Kuala Tembeling.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768