Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

26
Jul
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PAMERAN PERKHIDMATAN PERTAHANAN ASIA- DSA ’98

Pada hari ini dalam tahun  1998,  Menteri Pertahanan, Datuk Seri  Syed Hamid Albar telah merasmikan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA '98) di Pusat Pameran dan Pertunjukan Antarabangsa Malaysia, The Mines, Sungai Besi. Pameran yang disertai oleh 600 buah syarikat dari 43 buah Negara ini merupakan  pameran  kedua terbesar di dunia selepas ‘Idex Dubai’. Ia melibatkan tiga perkhidmatan utama iaitu pertahanan, perkhidmatan separa tentera dan keselamatan.  Sempena pameran ini juga, Syarikat Malaysia yang diketuai oleh DRB-Hicom telah menandatangani lima memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat-syarikat asing.  Satu persidangan bertemakan ''Keselamatan dan Saling Pergantungan di Asia Pasifik '' turut diadakan dan disertai oleh  pakar-pakar dalam isu keselamatan dan strategik. Melalui pameran ini, Malaysia dapat berkongsi pengetahuan dan kepakaran dalam usaha mempertahankan kedaulatan dan keselamatan Negara.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768