Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PASAR SENI BERWAJAH BARU

Pada hari ini dalam tahun 1986, Menteri Perusahaan Awam, YB Datin Paduka Rafidah Aziz telah merasmikan Pasar Seni bertempat di Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur bersempena dengan Persidangan PATA ’86.  Beliau yang diiringi oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, YB Datuk Elyas Omar, disambut dengan paluan kompang, tarian singa dan persembahan muzik instrumental Tamil. Majlis perasmian turut diserikan dengan kehadiran delegasi PATA ’86. Pasar Seni yang dahulunya merupakan bangunan Pasar Besar yang berusia 50 tahun, diubahsuai dengan kos RM9 juta menjadi sebuah geleri dan kompleks untuk pelbagai kegiatan seni. Pasar Seni menyediakan kemudahan moden antaranya 93 buah gerai tetap yang menjual hasil seni kraftangan, pentas kesenian, sudut-sudut rekreasi dan restoran. Sesungguhnya, Pasar Seni berwajah baru ini menjadi satu lagi pusat tarikan pelancong sejajar perkembangan perindustrian pelancongan di negara ini.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768