Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Pasir Mas Kelab Ditubuhkan

Pada hari ini dalam tahun 1927, Pasir Mas Kelab telah ditubuhkan di Kelantan. Pasir Mas Kelab telah melantik Datuk Abdul Hamid (Datuk Lela Negara) sebagai Yang diPertua, Setiausaha Kelab, Tengku Muhd. Hamzah bin Tengku Zainal Abidin dan Bendahari pula Langkamin Haji Tahir. Tujuan utama penubuhan kelab ini secara amnya adalah untuk menambah pengetahuan sesama ahli, memperkukuhkan ikatan persaudaraan dan faedah-faedah lain kepada ahli. Pasir Mas Kelab ini bergiat cergas dalam sebarang aktiviti permainan seperti catur. Ia juga mengandungi bilik bacaan yang menyediakan surat-surat khabar dan majalah untuk bacaan ahli. Perkumpulanan secara berorganisasi di Kelantan bermula pada tahun 1915 apabila Encik Muhamed Ghazali bin Muhamed Ariffin menubuhkan Kota Bharu Kelab. Selepas itu pelbagai lagi kelab ditubuhkan yang kebanyakan dikaitkan dengan keperluan setempat ahli-ahli kelab. Antara perkara-perkara utama yang ada di dalam kelab yang ditubuhkan ialah seperti Undang-undang Tubuh, Pengerusi, Timbalan, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Penyimpan Wang, Pemeriksan Kira-kira dan Ahli Jawatankuasa. Sejarah penubuhan kelab-kelab di Kelantan dipengaruhi oleh penubuhan kelab-kelab di sebelah Pantai Barat yang diperkenalkan oleh orang Inggeris di permulaan abad ke-20. Dengan adanya kelab-kelab ini kesedaran telah dapat diberikan kepada ahli terutama berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan kesedaran melalui ceramah dan perbincangan yang kerap kali diadakan di kelab masing-masing.

 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768