Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Payung Pusat Di Pulau Pinang

Pada hari ini dalam tahun 1981, Kerajaan telah mewujudkan Ibu Pejabat Pentadbiran Wilayah yang disifatkan sebagai Payung Persekutuan atau Payung Pusat. Ianya diwujudkan untuk menjamin pembangunan negara tidak akan menyebabkan golongan rakyat merasa tertinggal atau tertindas. Penubuhannya yang diumumkan oleh Datuk Musa Hitam bertujuan untuk menyelaras serta memesatkan lagi proses perlaksanaan projek pembangunan di Zon Utara Semenanjung. Konsep ini akan membantu Kerajaan Negeri meningkatkan prestasi dan kecekapannya dalam melaksanakan dasar dan strategi pembangunan selaras dengan dasar ekonomi. Ibu pejabat bagi Pentadbiran Wilayah ini ialah di Pulau Pinang dan bertanggungjawab kepada negeri Perlis, Kedah dan Perak Utara.  Payung Persekutuan di Zon Utara ini membolehkan lebih banyak agensi pusat seperti UDA melaksanakan program pembangunan dengan lebih berkesan sejajar dengan hasrat dan aspirasi yang digariskan oleh kerajaan melalui Dasar Eekonomi Baru. Dengan adanya konsep ini diharap akan menjamin kepesatan perlaksanaan projek pembangunan dan benar-benar membawa faedah kepada golongan masyarakat.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768