Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

21
Jul
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PEJUANG-PEJUANG PAHANG MENAWAN KUBU INGGERIS DI JERAM AMPAI

Pada hari ini dalam tahun 1894, satu serangan telah dilakukan ke atas Kubu Jeram Ampai di Pahang oleh pejuang-pejuang Pahang di bawah pimpinan To' Gajah, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Awang Nong, Teh Ibrahim, Mat Kelubi dan Mat Lela. Serangan ini turut mendapat sokongan senjata dan tenaga orang-orang dari Terengganu dan Kelantan. Sokongan yang diterima ini adalah hasil pertemuan pejuang-pejuang Pahang itu dengan Engku Saiyid dari Paloh, seorang tokoh agama yang berpengaruh di Terengganu pada bulan Mei, 1894. Dengan pengaruh Engku Saiyid ini, hampir 200 orang dari daerah Besut Terengganu dan Daerah Lebir, Kelantan, bergabung dengan pasukan Pahang, melancarkan perang sabil terhadap orang-orang Inggeris.  Kekuatan pasukan ini berpusat di Paloh, daerah pengaruh Engku Saiyid. Hasil persiapan yang rapi, kubu Inggeris di Jeram Ampai ini dapat ditawan dengan mudah. Namun, pada 29 Jun 1894, kubu ini dapat ditawan semula oleh Inggeris dengan bantuan daripada Polis Sikh Perak dan Selangor serta pengikut-pengikut Tok Garang Yusuf dan Tok Muda Akir.  

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia

 


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768