Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

21
Apr
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PELABUHAN KUANTAN DIRASMI

Pada hari ini dalam tahun 1984, DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Sultan Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah berkenan mencemar duli merasmikan Pelabuhan Kuantan yang berharga RM300 juta di Tanjung Gelang, Kuantan. Pelabuhan Kuantan dibina khas bagi memudahkan pemunggahan hasil barang eksport dan import yang selama ini dikendalikan di Pelabuhan Kelang.  Titah Seri Paduka, Pelabuhan Kuantan akan menjadi pusat pertumbuhan galakan perdagangan antarabangsa yang menyakinkan jika semua pihak mengembeleng tenaga dan usaha. Titah baginda lagi, Pelabuhan Kuantan perlu mengambil pengalaman pelabuhan lain untuk memperbaiki kelemahan dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan.  Sesungguhnya, Pelabuhan Kuantan mampu menjadi pusat perdagangan antarabangsa yang pesat sekaligus menggalakkan pelbagai projek dibangunkan di kawasan sekitarnya.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768