Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PELABUHAN SWETTENHAM DITUKAR NAMA KEPADA PELABUHAN KELANG

Pada hari ini dalam tahun 1972, Pelabuhan Swettenham ditukar nama kepada Pelabuhan Kelang.  Pertukaran nama ini dibuat atas titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah. Titah Baginda, nama Pelabuhan Swettenham perlu ditukar kepada nama baru yang berunsurkan kebangsaan iaitu Pelabuhan Kelang sesuai dengan hasrat rakyat dan Negara Malaysia yang merdeka. Nama Pelabuhan Swettenham diberi sempena nama Pesuruhjaya Tinggi bagi Negeri-negeri Melayu, Sir Frank Swettenham. Pelabuhan ini dibuka secara rasminya kepada lalu lintas pada 15 September 1901. Pelabuhan Swettenham ditadbir oleh Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu sebelum diambil alih pentadbirannya oleh Lembaga Pelabuhan Swettenham mulai 1 Julai 1963.  Dari pelabuhan persisiran, Pelabuhan Kelang kini menjadi pelabuhan lautan lepas dan berkembang dengan pesatnya sebagai pelabuhan pertama persinggahan kapal bagi ke Timur dan pelabuhan terakhir persinggahan ke barat bagi laluan Eropah-Timur Jauh.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768