Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

21
Apr
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PELAN INDUK TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN MAKLUMAT (ICT) ASEAN 2015 DILANCAR

Pada hari ini dalam tahun 2011, Pelan Induk Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) ASEAN 2015, dilancarkan oleh YB. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim di Kuala Lumpur. Pelancaran ini menandakan bermulanya penguasaan rantau ini dalam perkhidmatan sistem komunikasi global.  Menerusi persetujuan 10 negara anggota dengan bantuan China, Jepun dan Korea selaku negara dialog, ASEAN dijangka mampu memecahkan monopoli Barat terutama Amerika Syarikat dalam penguasaan industri ICT global.  Menurut Datuk Rais Yatim, sektor ICT menjadi pemangkin kearah membentuk masyarakat berekonomi tinggi, pengukuhan komuniti politik, keselamatan serta komuniti sosial dan kebudayaan. Pelan Induk Teknologi Komunikasi dan Maklumat ini menggariskan pembangunan ICT dan akan memanfaatkan potensi ICT dalam mewujudkan komuniti ASEAN yang inklusif, berdaya maju dan bersepadu.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768