Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

20
Oct
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PELAN TINDAKAN BELIA NASIONAL DILANCAR

Pada hari ini dalam tahun 2004, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merasmikan Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Belia Nasional di Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur. Pelan tersebut bertujuan menyediakan rangka rancangan menyeluruh pembangunan belia dalam jangka panjang iaitu sehingga tahun  2020 serta pelan jangka pendek dengan memberi tumpuan kepada beberapa program antaranya Program Rakan Muda, serta memantapkan keupayaan kementerian. Dalam ucapannya, Perdana Menteri menyatakan  bahawa belia merupakan  aset negara yang sangat bernilai. Justeru itu, beliau mahu setiap belia di negara ini terlibat aktif dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan supaya dapat membentuk hala tuju para belia itu sendiri. Sesungguhnya, pelan ini memberi banyak manfaat kepada para belia dan ianya juga sebagai persediaan melengkapkan diri untuk mentadbir dan menerajui kepimpinan Negara dimasa hadapan.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768