Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

22
Jul
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PELANCARAN DASAR TELEKOMUNIKASI NEGARA

Pada  hari  ini  dalam   tahun  1994, Dasar  Telekomunikasi  Negara  telah  dilancarkan  oleh  Perdana  Menteri,  YAB Dato’  Seri  Dr.  Mahathir  Mohamad di  Hotel  Istana,  Kuala  Lumpur. Dalam  ucapan  perasmiannya, Perdana  Menteri menegaskan  bahawa  Sistem  Telekomunikasi  yang  meliputi  beberapa  jenis  rangkaian  perhubungan  seperti satelit,  gelombang  mikro, fiber  optik,  dan  teknologi  digital  bergerak,  adalah  infrastruktur  asas  dan satu keperluan yang penting bagi  kemajuan  sesebuah  negara,  perniagaan serta perindustrian. Sebagai  sebuah  negara  yang  pesat  membangun,  Malaysia  perlu  mengaplikasikan sistem-sistem  yang  baru  dan  canggih  ini   dengan  cara  yang  boleh  mendatangkan  faedah  yang  maksima. Sesungguhnya,  dengan  adanya  dasar  ini, sektor  telekomunikasi  di Malaysia  telah dapat  dibangunkan  dengan  lebih  teratur, cekap  dan kompetitif.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768