Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

19
Aug
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Pelancaran Gerakan Maju

Pada hari ini dalam tahun 1966, Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak telah melancarkan Gerakan Maju. Pelancaran ini juga adalah bersempena dengan Pameran Gerakan Maju yang diadakan di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Tujuan pelancaran serta pameran Gerakan Maju ini adalah untuk memperhebatkan lagi usaha dan tenaga rakyat menyatupadukan usaha-usaha mereka dengan usaha dan tindakan Kerajaan bagi kemakmuran negara dan kebahagiaan rakyat. Dalam ucapan pelancaran Gerakan Maju itu Tun Abdul Razak telah menyatakan bahawa rakyat mestilah berani berkorban tenaga untuk mencapai kemajuan. Beliau telah menyeru seluruh rakyat supaya menyemai sikap dan semangat juang yang tinggi. Tun juga telah meminta rakyat menjadikan sikap rajin bekerja sebagai pedoman hidup. Beliau juga berharap Gerakan Maju itu sebagai satu dorongan dan dapat menimbulkan semangat gotong royong di kalangan masyarakat di negara ini. Beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk luar bandar seperti rancangan-rancangan pertanian, mendirikan sekolah-sekolah serta pusat-pusat kesihatan. Sesungguhnya Gerakan Maju yang dilancarkan pada hari ini dalam tahun 1966 telah memperlihatkan usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan, buta huruf serta menyediakan kemudahan perubatan dan menjaga kesihatan rakyat.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768