Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PELANCARAN INSTITUT KAJIAN SEJARAH PATRIOTISMA MALAYSIA (IKSEP)

Pada  hari  ini  dalam  tahun  1994, Institut Sejarah Patriotisma Malaysia (IKSEP) telah dilancarkan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Tan Sri Haji Abdul Rahim bin Datuk Tamby Chik di Air Keroh, Melaka. Majlis pelancaran ini dibuat bersempena dengan Konvensyen Kebangsaan Sejarah Malaysia. Objektif utama penubuhan IKSEP adalah untuk mengkaji dan mengcungkil sejarah beberapa tamadun tertinggi bangsa-bangsa didunia yang terpilih serta boleh dijadikan rujukan nilai untuk pembinaan masa hadapan bangsa Malaysia.  Menurut Tan Sri Rahim, sebuah badan yang terlibat dengan kajian sejarah dan patriotisme, perlu diwujudkan untuk melahirkan masyarakat yang dapat menghayati, mendalami serta mempunyai semangat cintakan Negara dan sejarah warisan bangsa. Penubuhan IKSEP adalah selaras dengan resolusi Konvensyen Melaka Dalam Warisan Dunia dalam usaha memartabatkan sejarah peradaban dan warisan Negara.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768