Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

19
Aug
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

Pelancaran Kapal Peninjau Periuk Api Kd Jerai Dan Kd Kinabalu Di England

Pada hari ini dalam tahun 1964, kapal peninjau periuk api KD Jerai dan KD Kinabalu telah dilancarkan di England. Kedua-dua kapal peninjau periuk api ini adalah sumbangan daripada Kerajaan British kepada Tentera Laut Diraja Malaya dalam usaha memperkuatkan lagi pertahanan di perairan Persekutuan Tanah Melayu. KD Jerai yang menggunakan nombor ‘pennant M 1168’ adalah bekas sebuah kapal peninjau periuk api yang dimiliki oleh Tentera Laut Diraja British. Sebelumnya, ia dikenali dengan nama HMS Dilston dan telah dibina di Limbungan Welton and Gemmell di England. KD Kinabalu pula menggunakan nombor ‘pennant M 1134’ adalah juga bekas kapal yang dimiliki oleh tentera Laut Diraja British yang dikenali sebelumnya dengan HMS Essington. KD Kinabalu telah siap dibina sepenuhnya pada 18 Mei 1955 di England. Kedua-dua kapal peninjau periuk api ini berukuran panjang 152 kaki dan lebarnya 28 kaki serta berat 425 tan. KD Jerai dan KD Kinabalu ini menggunakan senjata meriam jenis ‘bofor 40 mm’ dan meriam jenis ‘oerlingkon 20 mm’. Penerimaan kedua-dua kapal ini telah menjadikan skuadron kapal peninjau ranjau ke-25 bagi Tentera Laut Diraja Malaya. KD Jerai telah dilucutkan tauliahnya pada 30 Oktober 1977 manakala KD Kinabalu pada 29 Mei 1981. Kapal-kapal ini telah digantikan dengan kapal-kapal baru yang mempunyai peralatan yang lebih baik sesuai dengan perkembangan Tentera Laut Diraja Malaysia.


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768