Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam

Date Date

16
Jan
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PELANCARAN KARNIVAL KRAF SATU DAERAH SATU INDUSTRI

Pada hari ini dalam tahun  2005, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Karnival Kraf Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di Kompleks Kraf  Kuala Lumpur. Dalam ucapannya, Timbalan Perdana Menteri menggesa para pengusaha produk kraf tempatan mencontohi semangat kerja rakyat Jepun yang sentiasa bermotivasi untuk menghasilkan ciptaan berkualiti dan  berjaya meletakkan negara tersebut sebagai negara pengeluar barangan pasaran dunia setanding dengan negara-negara di Eropah. Tambahnya, kerajaan menerusi agensi peneraju kraf iaitu Kraftangan Malaysia akan terus berusaha membuka pusat industri kraf dan melatih lebih ramai pengusaha baru dari semasa ke semasa bagi merancakkan lagi perusahaan kraft dinegara ini. Sesungguhnya karnival yang diperkenalkan ini mampu memberi peluang pekerjaan kepada penduduk negara ini dan  berupaya menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768