Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PELANCARAN KE ARAH KECEMERLANGAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)

Pada hari ini dalam tahun 1996, Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad merasmikan Pelancaran Ke Arah Kecemerlangan Orang Kurang Upaya (OKU) bertempat di  Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.  Majlis ini diadakan bagi menghayati semangat dan melihat pencapaian program pembangunan yang disediakan untuk OKU di negara ini. Dalam ucapannya Perdana Menteri menyatakan kecacatan seseorang bukannya penghalang untuknya maju dan bergerak bersama dalam membangunkan sesebuah negara.  Tambahnya, penyertaan penuh dan penyamaan peluang dalam pelbagai bidang telah disediakan kepada OKU di negara ini untuk kemajuan diri dan keluarga. Dimajlis ini juga, 21 orang atlet OKU telah menerima anugerah skim insentif sukan berjumlah RM415,000. Sesungguhnya majlis ini memperlihatkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan pembangunan OKU di negara ini tercapai.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768